"RAKYAT PERLU TAHU SEKARANG......TAMING SARI DI TANGAN JEBAT."

Sunday 31 July 2011

TAMING SARI KINI DI TANGAN JEBAT.


Ini bukan retorik yang tidak berlapik. Bukan juga obor semangat yang tak bertempat. Taming Sari entah di mana. Jebat sudah tiada. Taming Sari kini adalah simbol kuasa. Manakala Jebat adalah simbol rakyat yang berani berjuang menuntut hak mereka.

Sekarang rakyat dari Perlis ke Sabah mesti sedar. Kuasa mereka adalah kuasa keramat. Apabila rakyat bangkit, tiada siapa lagi yang berani menyekat. Rakyat mesti berani menuntut hak dan keadilan. Momentum keberanian ini mesti diteruskan. Rakyat berada pada landasan yang betul dalam membina sebuah Malaysia yang adil, demokratik dan sejahtera. Peristiwa-peristiwa  berikut menunjukkan bahawa Taming Sari telah berada di tangan Jebat.

Pertama, semua orang merasakan perhimpunan Bersih 2.0  tidak akan jadi kerana tindakan, ancaman dan kawalan ketat pihak berkuasa di setiap pintu masuk dan dalam kota raya itu sendiri. Patriot, PERKASA dan ribuan pesilat Omar Din sedia mengharu-birukan perhimpunan mereka. Berjalan-jalan pada pukul 10.00 pagi, kita tertanya-tanya di mana peserta yang lain. Namun pada 12.00 tengahari mula kelihatan bondongan-bondongan manusia yang mula keluar entah dari ceruk mana. Kemuncaknya lebih 100 000 rakyat penuh semangat dan keberanian merealisasikan Himpunan Bersih 2.0.

Kedua, bagaimana 91 orang pemimpin yang dilarang masuk ke KL pada 9 Julai dapat bersama rakyat. Risiko menanti mereka apabila mereka melanggar perintah mahkamah. Namun, atas dasar kepercayaan terhadap hak yang diperuntukkan dalam perlembagaan negara serta kepentingan menegakkan keadilan demokrasi, mereka terus melangkah gagah bersama rakyat meskipun dihidangkan bau asap gas pemedih mata dan tindakan mahkamah sedia menanti.

Ketiga, apabila TG Haji Hadi ditangkap, Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr. Syed Azman telah memberi amaran 24 jam kepada PDRM/UMNO/BN agar membebaskan Presiden PAS itu segera. Jika tidak, rakyat akan berhimpun di Bukit Aman dan Balai Polis Jinjang. Rakyat ternyata sudah hilang rasa takut. Dan ternyata keberanian telah menjadi salah satu faktor Presiden PAS dibebaskan dengan segera.

Keempat, bagaimana rakyat beramai-ramai menolak video PDRM/BN sebaliknya mereka begitu tekun mengikuti video yang dihasilkan oleh lensa rakyat. Mereka tidak takut lagi membantah kepalsuan. Mereka terus menyanggah melalui kajian kes dan bahan bergambar untuk mendedahkan kepada rakyat yang mana benar dan yang mana palsu.

Kelima, pihak polis mahu menyaman Mat Sabu sebaliknya Mat Sabu yang bangkit menyaman mereka. Bukan hanya Mat Sabu, malah Salahudin Ayub, Mahfuz Omar dan ramai lagi yang terlibat akan bertindak serupa. Rakyat berani menuntut hak dan keadilan untuk mereka.

Keenam, rakyat berani berhadapan dengan PM di mana sahaja sekarang untuk melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kezaliman kerajaan. Para pemuda yang berbaju kuning tidak gentar untuk berjumpa dengan PM di mana sahaja yang terluang demi menyuarakan pandangan mereka.



Ketujuh, EO membolehkan mereka menahan tahanan 60 hari tetapi tak sampai sebulan PDRM/BN terpaksa melepaskan mereka. Mereka akur dengan desakan rakyat yang semakin berani dan kolektif. EO6 sendiri begitu tega menghadapi segala karenah penguasa dan kesusahan apabila berpisah dengan keluarga masing-masing. “Brainwash” yang dikenakan terhadap mereka sepanjang tempoh tahanan tidak sedikit pun menggoncangkan jati diri mereka dalam perjuangan.

Sedarilah wahai para pejuangan keadilan dan demokrasi. Tanpa kalian sedari , Taming Sari sudah berada di tangan sendiri. Kalian adalah Jebat. Kalian diharapkan agar dapat mengembalikan hak rakyat.  Jangan biarkan Taming Sari direnggut semula dari tangan kalian. Teruskan perjuangan. Gegarkan medan kerana rakyat dahagakan  keadilan……YA KEADILAN.

AntiKarat,
31 Julai 2011.

Friday 29 July 2011

SIAPAKAH YANG MENDEDAHKAN DOKUMEN KASTAM?


Jahat sungguh manusia yang buat mulut terhadap FLOM 
( First Liability Of Malaysia). Tak habis-habis buat fitnah. Baiknya diri yang kena fitnah sehingga tak mahu layan lagi persoalan itu. Masa sekarang lebih baik bantu rakyat. Rakyat perlu bantuan dan pembelaan. Terutamanya dekat-dekat pilihanraya ini. Dua tiga bulan ini rakyat jadi kelaparan sangat secara tetiba. Kesian! Kesian! Dia orang ini tak habis-habis nak main politik fitnah. Kesian kat rakyat yang berbaris panjang nak bersalam tu.

Inilah masanya rakyat akan jeling-jeling permata di jari ini. Taklah mahal sangat. RM24 juta sahaja. Duit simpan sejak dalam perut emak. Queen  tak mampu beli ni. Sekadar gaun kuning yang tak berapa sen tu bolehlah. Geram betul aku. Merah padam muka suamiku. Jagalah kau. Kau ingat kau sahaja boleh pakai kuning? Aku dalam punya lebih kuninglah dari you. Ori lagi.
FLOM, orang kata dokumen kastam dah ada di internet. Sialan betullah. Macam mana boleh bocor macam ni. Tak serik-seriklah mereka ni. Kan dah ada seorang mati jatuh bangunan. Tak nak insaf lagi? Tapi, soal-siasat tak akan di buat di tingkat tinggi lagi. Ah, itu tak jadi masalah. C4 kan masih banyak di dalam stor. Baik aku jadikan batu jampi daripada meletup sendiri.

“Kita akan bantu rakyat bukan kerana pilihanraya. Bantu rakyat ni memang dah kerja kita tak kira masa. Kita akan lahirkan modal-modal insan yang akan menjadi permata kepada negara kita apabila mereka dewasa nanti.” Ah, permata lagi. Terkejut beruk FLOM sambil menyembunyikan ‘Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond’ di balik selendang merah. Rakyat tersenyum, di belakang menyumpah. Kerana cincin sebentuk, tak pasal-pasal aku dikerah.

"Rakyat Perlu Tahu Sekarang...... Taming Sari Di Tangan Jebat."

AntiKarat,
29 Julai 2011


Wednesday 27 July 2011

MASIH INGATKAH ANDA MASTERMIND INI?


PAS akan membongkar penyelewengan SPR  berkaitan daftar pemilih yang bercelaru. Pakar-pakar IT PAS dengan peralatan sistem yang canggih sedang mengumpulkan bukti-bukti sebanyak mungkin. Pendedahan itu akan dilakukan dalam seminggu dua ini.

Bukan sekadar membongkar, yang paling wajar ialah menyaman pihak berkenaan sekiranya PAS dapat mengenalpasti mastermind yang memanipulasikan daftar pemilih. Sejak PRU11, kita didedahkan dengan fakta-fakta yang menunjukkan ada pihak yang bermain kotor. Kita tidak lupa bagaimana peratus pertambahan pengundi di Terengganu mencecah ke angka yang paling tinggi dalam sejarah negara.

Alasan SPR ialah pengundi bertambah mendadak kerana kecenderung rakyat Terengganu untuk menumbangkan kerajaan PAS yang memerintah ketika itu. Apakah justifikasi yang sama akan digunakan oleh SPR apabila peratus pengundi juga sedang meningkat tinggi di Selangor dan di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat sekarang?

Satu persoalan timbul; mengapa mantan MB Terengganu merangkap mantan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Terengganu diangkat menjadi Pengarah Pilihanraya UMNO pada 2010? Apakah keistimewaan Idris Jusoh  sehingga dipilih oleh PM Najib untuk menduduki kerusi yang amat penting itu?

Siapakah Idris Jusoh? Apakah kepakarannya? Pertama, menyekat royalti petroleum Terengganu untuk digantikan dengan Wang Ehsan. Kedua, menggerakkan Gelombang Biru. Gelombang Biru itu disosokkan kepada satu kebangkitan rakyat yang kononnya marah  dengan pemerintahan PAS di Terengganu. 
Sebenarnya, Idris Jusoh tahu apakah Gelombang Biru sebenarnya. Beliau tahu bagaimana dan mengapa peratus pengundi meningkat mendadak di Terengganu; satu peningkatan yang tak masuk akal. (Sila rujuk kembali data dan perbandingan yang terkandung dalam post-mortem PRU11). Gelombang Biru sebenarnya ialah gelombang pengundi hantu sepertimana yang cuba diaplikasikan di negeri-negeri Pakatan Rakyat dan Perak sekarang.

Sekarang  Pakatan Rakyat bukan sahaja perlu bongkar, yang penting ialah mengumpulkan bukti penglibatan para konspirator sama ada mereka berada di SPR, JPN atau di dalam UMNO itu sendiri. Perbuatan memanipulasi dan menipu dalam hal ehwal pilihanraya adalah satu jenayah besar. Sebuah kerajaan haram boleh terbentuk dan sebuah kerajaan yang sah boleh tersungkur kerana bahana kerja-kerja terkutuk ini.

Kalau Bersih 2.0 boleh direalisasikan dalam keadaan ancaman polis yang begitu tinggi, rakyat tidak lagi akan duduk bersila apabila ditipu dan dikhianati dalam kes jatuh bangun sebuah negeri. Rakyat hanya menunggu kata; kami bangkit serentak menuntut para konspirator politik kotor dibawa kemuka pengadilan. Sama ada  mereka itu Perdana Menteri, pegawai SPR atau JPN; kami bangkit menuntut keadilan.  Keadilan mesti disempurnakan.

AntiKarat,
27 JUlai 2011.

Tuesday 26 July 2011

PM Najib Dah Jadi Liabiliti Bagi UMNO/BN.


Telah berbunga kemungkinan PM Najib akan mengikut jejak senasib PM Pak Lah. Pak Lah berundur kerana liabiliti yang dibawa olehnya ke dalam parti. Banyak kelemahan Pak Lah dikesan oleh UMNO sendiri sehingga beliau akhirnya didesak agar melepaskan jawatan demi survival parti. Peranan medesak bukan sekadar dimainkan oleh mantan PM Mahathir malah TS Muhyidin Yassin paling vokal dalam menekan agar PM Pak Lah berundur.  
 
Kini UMNO mula menyedari bahawa PM Najib akan menjadi liabiliti bagi UMNO/BN dalam menghadapi PRU13. PM Najib dipalitkan dengan isu Scorpene yang akan menjadi lebih panas pada bulan September nanti apabila kes itu dibicarakan di mahkamah Peranchis. Scorpene yang sekejap timbul sekejap tenggelam akan timbul lagi bersama dengan hantu Altantuya. Scorpene dan Altantuya bagai irama dan lagu yang tak dapat dipisahkan. Kalau dipisahkan, sumbanglah lagu itu, kata Allayarham Tan Sri P.Ramlee.

Scorpene - Altantuya adalah isu kembar rasuah ratusan juta ringgit dan pembunuhan berprofil tinggi, mega sensasi. Banyak pemimpin negara dan tokoh politik berpengaruh jatuh tersungkur kerana kes semega ini. Di Malaysia tiada lagi orang atau media yang berani menyentuh isu ini melainkan SUARAM. Di Malaysia negaraku, kesnya sudah selesai. Pembunuhnya telah dijatuhi hukuman. Telah digantung atau belum, walLahu’alam. Wira sekarang ialah SUARAM. Kes diangkat di Peranchis, di mana urusan Scorpene itu berpusat. Lelaki Y yang berurusan bersama dengan Razak Baginda dan Altantuya akan terdedah dalam bulan panas September nanti.

Najib pening kepala sejak isu Bersih 2.0. Air mukanya tidak seceria dulu. Ditinju pula oleh Imelda Rosmah dengan cincin berlian, lagak FLOM bikinan sendiri. Kemewahan, pemborosan dan kuasa sebenar adinda FLOM ke atas batang tubuh PM membelit kredibiliti. Nampaknya rakyat lebih meluat kepada FLOM buatan ini. Rakyat melihat bahawa petaka yang menimpa tanah air kebelakangan ini adalah atas pengaruh dan kawalan kuasa FLOM ini. Dalam satu majlis rakyat dapat menyaksikan bagaimana ‘bom jangka’ ini berjalan di depan suaminya sendiri. Hebat!

Tertelan liur kepimpinan UMNO nak marah akan ‘bekasan peluh Lee Chong Wei’ ini. Nak ditegur tak tergamak. Lakinya PM. Tak dilayan, nanti diamuk. Kecut telur penyu. Akhirnya, pakat-pakat angguk belaka. Tidur di hotel RM100 000.00 semalaman, senyum. Pakai handbeg RM 1 000 000.00, senyum. Pakai cincin RM 24 000 000.00, senyum. Senyummmm memanjang, kata Mat Sabu.  Di belakang, menyumpah seranah.

Nasib UMNO/BN kian gawat. Pilihan raya tak lama lagi. Pemimpin Pakatan Rakyat mula mendesak agar PM Najib meletakkan jawatan. TS Muhyidin Yassin menunggu kesempatan. Mahathir berencana. Mukhriz mula cerah mata. Marina main ikut belakang. Tengku Razaliegh dan AMANAH barunya menghantar kata. Kini, rakyat mula tertanya-tanya; Pak Lah tak nak memulangkah paku buah kerasnya?

Waima apa yang berlaku dalam kalangan UMNO, pemimpin Pakatan Rakyat tidak perlulah mendesak PM Najib berundur. Tak cerdik. Biarkan PM Najib terus mengepalai bahtera bocor UMNO/BN. Ingat? Pak Lah yang berliabilitilah menyebabkan lima negeri jatuh ke tangan pembangkang. Tidak mungkinkah PM Najib yang berliabiliti akan meyebabkan pula Putrajaya dapat ditawan oleh Pakatan? Nanti-nantikan!

AntiKarat
Selasa, 26 Julai 2011.

Monday 25 July 2011

27 JUTA DICATURKAN OLEH GOLONGAN MINORITI


 -oleh AntiKarat

Kita berkumpul di sini hari ini kerana kita memerlukan suara hati budi ramai, suara untuk melafazkan kehendak hati kita kepada pihak-pihak yang berkuasa dengan cara yang tertib dan demokratik sebagaimana yang dijamin dan dipertunjukkan oleh peraturan perlembagaan kita dan juga oleh tradisi bersama kita sebagai rakyat yang cintakan keamanan. Kita jangan membiarkan perbuatan manipulasi politik apa pun dan dari mana-mana pihak pun, untuk memecahkan rakyat majoriti melalui apa-apa dasar dan keputusan yang secara sengaja dibuat untuk kepentingan golongan-golongan minoriti yang berkepentingan.

                                                                                    - ucapan Tengku Razaliegh Hamzah

"Jadi pihak pemerintah mestilah faham dengan realiti itu dengan sentiasa menjaga perpaduan kaum dan kepentingan semua rakyat negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum, bukan hanya menjaga kepentingan kumpulan minoriti mereka sendiri sahaja sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk kekal berkuasa," ujarnya.

-          ucapan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir

Mungkin pemerhati dan peminat politik melihat dua tokoh UMNO veteran ini dari sisi yang negatif. Persepsi itu sewajarnya diabaikan. Pencinta keadilan dan kemakmuran hendaklah memberi peluang kepada mereka untuk berperanan dalam situasi politik yang semakin menyekik kini. Malah usaha mereka mesti dibantu dengan segala daya agar tuntutan murni semakin keras menerjah gegendang telinga golong minoriti.

Penulis tertarik dan ingin menyedarkan rakyat tentang kebobrokan golongan minoriti ini. Golongan minoriti ini dimaksudkan kepada peneraju-peneraju kuasa politik negara. Bilangan mereka tidak sampai 1000 orang pun. Namun oleh sebab kuasa yang amat besar dan tidak terbatas, kekuatan mereka dapat mengalahkan 27 juta rakyat. Dengan segala jentera di belakang mereka, mereka mampu memanipulasi, memukau dan menidurkan 27 juta rakyat.

Golongan minoriti ini sedang tersepit dan terhimpit oleh kesedaran rakyat sekarang. Mereka sedang memikul kuasa ke sana ke sini agar tidak jatuh ke tangan rakyat. Mereka tidak bersedia menjadi seperti Zainal Abidin bin Ali dan Husni Mubarak. Bukan ketakutan itu terletak pada kehilangan kuasa semata-mata. Yang paling mereka takuti ialah nasib setelah tiada kuasa.

Tiada kuasa bermakna ‘komisyen Scorpene’ dan ‘kes Altantuya’ kehilangan pelindungnya. Tiada kuasa bermakna segala rasuah, penyelewengan, persundalan dan penipuan akan terdedah. Tiada kuasa bermakna segala ‘akta penyelamat kuasa’ dirombak dan dipinda lantas membogelkan mereka. Inilah punca mengapa mereka terus memainkan politik durjana.

Rakyat mesti mengangkat darjat intelek; bukan terus didodoi sentimen. Wajarkan golongan minoriti ini dipertahankan hanya kerana sedikit imbuhan dan janji-janji yang tak tertunaikan. Bersediakah 27 000 000 rakyat dimanipulasi oleh 1000 orang manusia keparat?

AntiKarat
25.07.2011

Sunday 24 July 2011

BN/SPR TUNGGU APA LAGI? PENUMBUK?

Tak nampak BN/SPR akan penuhi lapan tuntutan Bersih 2.0. Dah hampir sebulan masa diberi, tiada tindakan konkrit. Baru dua tuntutan disentuh. Itu pun macam terpaksa saja. Main baiki sikit di sana, sikit di sini. Tak layan sangat, takut jugak. Layanlah main-main. Janji tak banyak mencederakan UMNO/BN. Kasilah sikit penawar hati dalam hal undi pos. Kini lain pula mainnya. Diminta dakwat kuku, dibaginya biometrik yang berganda-ganda kosnya. Baik sungguh hati SPR ni.

Kenapa bersungguh sangat tak nak dakwat kuku ni? Cubalah dulu sekali. Lepas PRU13 nanti, boleh nilai bagus atau tidak. Apa susah sangat. Takut apanya? Kan lebih murah daripada biometrik. Ke mana perginya dakwat kuku yang telah dibeli berjuta rial dulu? Kalau simpan, keluarkanlah untuk PRU13. Ke dah rosak, 'expired'?

Kalau cakap kasar, marah. Kamu bazirkan begitu saja duit cukai rakyat sampai main juta ringgit. Ada alasan kamu, kata dakwat kuku disabotaj. Siapa yang nak sabotaj masa PRU12 dulu. Polis buat apa? Belum jumpa lagi pihak yg nak sabotaj tu? Cakap kasar, marah. Bulu yang halus kau jumpa. Sabotaj bukan kerja bulu. Ini kerja manusia. Takkan tak jumpa puak yang kau dakwa nak sabotaj tu?

Baru dua perkara, BN/SPR dah banyak lenggoknya. Lidah lebih daripada biawak. Biawak bercabang dua. Kamu ni bercabang empat. Nanti apa pula alasan kamu tentang media yang adil. Mesti kamu ada, pembangkang dah ada Harakah, Roket dan internet. Lagi hujah bangang. Tak nak kamu banding dengan apa yang UMNO/BN ada?

Bagaimana pula dengan daftar pemilih? Biar begitu sajakah sampai PRU13 nanti. Guna yang ada 88 orang pengundi serumah? Guna yang ada seorang pengundi yang ada dua alamat? Guna nama orang mati? Kamu kata pembangkang tiada bukti. Nak bukti apalagi? Kan Azmin dah bagi. Pemimpin pembangkang dah kemukakan bukti. Ramai blogger dah dedahkan?  Bukti apalagi yang kamu nak? Nak penumbuk pulak?

Ada lapan tuntutan semuanya tu. Dengar-dengar PRU13 dah tak lama lagi. Nanti kamu kata tak sempat laksanakan pulak tuntutan tu. Habis kenapa tak bergerak ke arah itu sekarang? Segera! Nak tunggu apa lagi? Tunggu Bersih 3.0?

Malaysia punyai penduduk Paling Tua di Dunia.. apa penjelasan SPR?


Dari 100 manusia yang paling panjang usianya yang disenaraikan oleh Wikipedia, manusia yang paling panjang usianya adalah seorang warga Perancis iaitu Jeanne Calment yang dilaporkan telah dilahirkan pada 21 Februari 1875 dan meninggal dunia ketika berusia 122 tahun 164 hari pada 4 Ogos 1997.


Manakala yang kedua panjang usianya pula adalah Sarah Knauss seorang warga United States yang dilahirkan pada 24 September 1880 dan meninggal dunia pada 30 Disember 1999 pada usia 119 tahun 97 hari.

Antara yang tersenarai dalam 100 manusia yang paling panjang usianya tetapi masih hidup hingga kini adalah Besse Cooper yang masih hidup di United States, beliau telah dilahirkan pada 26 Ogos 1896 dan telah berusia melebihi 114 tahun.

Dan lima orang lagi juga telah berusia melebihi 114 tahun dan masih hidup ialah tiga warga Jepun, seorang warga Itali dan seorang lagi pula warga United States.

Lagi 90 manusia tertua di dunia sila lihat di SINI

Kita mungkin berkata panjangnya usia mereka adalah kerana tabiat pemakanan dan juga persekitaran mereka yang sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan mereka itu..

Tetapi!! Tahukah anda Malaysia juga mempunyai ramai manusia yang masih hidup dan usianya melebihi 100 tahun?

Di Perak sahaja terdapat 1538 orang pengundi yang berumur melebihi 100 tahun dan yang menakjubkan kesemua mereka masih hidup dan boleh mengundi..

Manusia tertua yang masih hidup dan boleh mengundi di Perak itu ialah seorang yang berbangsa Cina iaitu Wong Seng yang telah dilahirkan pada tahu 1879 dan kini berusia 132 tahun jauh lebih tua dari manusia tertua yang disenaraikan oleh Wikipedia.

Begitu juga dengan lapan lagi manusia yang panjang usianya juga mengatasi usia manusia paling tua di dunia iaitu Nazmi Binti Harun 131 tahun, Ng Khoa 126 tahun, Kong Kew Kee 126 tahun, Ng Ah Kow 125 tahun, Wong Yee 124 tahun, Itam Latihah Bin Mohd Ali 123 tahun, Mohammad bin Haji Mohd Noor 123 tahun, Wong Pin 123 tahun dan Murugai A/P Ramamoorthai berusia 122 tahun iaitu sama dengan usia manusia paling tua di dunia yang pernah direkodkan..

Korang tengoklah sendiri senarai 50 dari 1538 orang dibawah ni yang diambil dari Daftar Pemilih..

No_KP_Baru/ No KP Lama/ Nama/ Bangsa/ Tahun_Lahir/ Umur
790610740022 1448642 WONG SENG CINA 1879 132
800501030028 A0993271 NAZMI BINTI HARUN MELAYU 1880 131
850710740048 3498040 NG KHOA CINA 1885 126
850608740017 1453245 KONG KEW KEE CINA 1885 126
450826085273 0592818 NG AH KOW CINA 1886 125
870608740058 1392190 WONG YEE CINA 1887 124
881101080023 0336299 ITAM LATIH 1888 123
881112610069 2106517 MOHAMAD MELAYU 1888 123
881003740059 0439199 WONG PIN CINA 1888 123
890624713118 2110938 MURUGAI A/P RAMAMOORTHAI INDIA 1889 122
901102740113 0363429 HOW TOH YOON CINA 1890 121
910103740048 0387294 MOK SOON HOONG CINA 1891 120
910812740032 0914383 AH SEE CINA 1891 120
921012750017 2112135 DOORASAMY S/O PARASAMY INDIA 1892 119
921108740075 0439792 LIANG KWAY CINA 1892 119
931218740147 0596852 LEE KOOI CHIEW CINA 1893 118
931108080037 0357301 HAJI ABDUL MUTALIB MELAYU 1893 118
931116080010 2587063 HAJI HALIJAH BINTI ENDUT MELAYU 1893 118
930920740089 3841080 WONG AH SIEW CINA 1893 118
930104750019 2779357 SUPPIAH S/O SUPPIAH INDIA 1893 118
941124740073 0617600 POON SUM CHOON CINA 1894 117
940601740064 1413720 CHONG CHUI CINA 1894 117
940503740167 1042990 LEONG YAK CINA 1894 117
941231080015 4063070 YOK GUNONG ORANG ASLI 1894 117
951129740055 0608134 LEE AH NGEE CINA 1895 116
950720710019 7599200 ASA SINGH INDIA 1895 116
960913740088 1850228 SADRI B ALAM MELAYU 1896 115
961024740074 2077418 LOH YAN TAN CINA 1896 115
961122740078 0588769 LOH TAI HOI CINA 1896 115
960408740255 7603072 YONG CHAN CINA 1896 115
971123740159 0392250 LAI CHOONG YOOK CINA 1897 114
970811080049 3514775 GOVINDASAMY INDIA 1897 114
971231743699 1066220 HEE PENG FOOI CINA 1897 114
980605740076 1413246 WONG SAM NOOI CINA 1898 113
981121080256 0585983 LEE YOKE KWAI CINA 1898 113
980503740147 1042943 YON LOON CINA 1898 113
980531750019 1382853 A K RETHNAM CHETTEER INDIA 1898 113
980607750059 1449825 SINNATHAMBY S/O AVADAI INDIA 1898 113
981125740100 0623105 CHAN SOON CINA 1898 113
980410750573 7638932 K.SHAIK DAWOOD INDIA 1898 113
981017740031 0366169 NG AH TEE CINA 1898 113
991107740157 0326715 WONG SEN CHEANG CINA 1899 112
991203740069 2583162 TEOH KOK TONG CINA 1899 112
991202710052 0591839 LAU TEE CINA 1899 112
991231741990 8156595 NGAN SUAR @ NGAN OH SUAR CINA 1899 112
991120740020 0619180 THAM LEAN TAI CINA 1899 112
991126710148 0410514 LEE KWAI FONG CINA 1899 112
990615740079 1406250 YIP PENG CINA 1899 112
990509740083 1078174 CHANG KWONG CINA 1899 112

Senarai penuh sila download di SINI

Yang peliknya tiada seorangpun dari mereka tersenarai dalam 100 manusia paling Tua di dunia.. kenapa agaknya.. mungkin SPR boleh jelaskan..

dari blog Anak Sungai Derhaka.

TPM KATA PERCAYAKAN POLIS

Malaysiakini melaporkan:
Rakaman video pada perhimpunan 9 Julai lalu yang dipaparkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah rakaman yang sahih dan sah bertujuan mendedahkan situasi sebenar dan bukannya bermotifkan politik, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri meminta rakyat supaya tidak tertipu dan terpedaya dengan dakyah parti pembangkang berhubung rakaman video oleh PDRM itu.

"Kita harus terima dengan yakin kredibiliti (video pihak polis itu), jangan kita yakin dengan video yang dipaparkan oleh media alternatif, dalam YouTube misalnya yang jelas banyak mengubah kandungan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bulan Pencegahan Jenayah Peringkat Kebangsaan 2011 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye.

"Saya minta polis menyiarkan (video ini) di (stesen-stesen) televisyen, supaya rakyat boleh melihat dan menilai (berbanding siaran YouTube dan media alternatif)," katanya sambil mempertahankan rakaman video yang dikeluarkan oleh PDRM itu adalah tulen. - Mkini.
Aku tak nafikan malah aku yakin video yang polis siarkan tu memang video sebenar kejadian. Cumanya macam yang aku tulis sebelum ni, video tu tak membuktikan apa-apa.

Contohnya kes Mat Sabu dakwa dia dilanggar kereta polis, dalam video yang polis siarkan tu langsung tak nampak macamana motosikal yang Mat Sabu bonceng tu terbalik. Yang nampak cuma motosikal tu nampak macam langsung tak kena pajero hitam tapi dengan proton wira putih langsung tak nampak kena langgar atau tak.

Untuk kes kematian Allahyarham Baharuddin pulak, video yang polis tunjukkan tu langsung takdak imej apa yang terjadi kepada Allahyarham Baharuddin. Polis cuma menjawab tuduhan yang ambulan lambat sampai untuk bagi bantuan kepada Baharuddin sedangkan tuduhan utama adalah kematian Allahyarham Baharuddin mungkin sebab dibelasah polis sampai luka bibir, patah gigi dan patah 3 tulang rusuk.

Lagi satu, pihak polis cuma tayangkan 2 video saja dan Muhyiddin pulak sahkan video tu adalah tulin.

Yang pertama sekali sapa Muhyiddin untuk sahkan video yang polis siarkan tu tulin atau tak. Yang kedua, kalau pun video tu memang benar-benar tulin, video tu sebenarnya langsung tak menunjukkan yang polis tak gunakan kekerasan.

Kalaupun mungkin lepas ni polis akan tunjukkan layanan baik polis terutama kepada tahanan di Pulapol tapi tu pun tak boleh jadi bukti yang polis langsung tak gunakan kekerasan.

Macamana pula dengan video yang banyak bertebaran di youtube, facebook dan blog. Berpuluh video malah mungkin beratus video yang menunjukkan aksi kekerasan pihak polis. Takkan kut semua video tu diubah kandungan.

Kalau video yang banyak tu Muhyiddin kata diubah kandungan, lebih mudah lagi untuk kita percaya 2 video yang polis tayang tu yang diubah kandungan, tambahan pulak polis ambil masa 2 minggu baru ditayangkan sedangkan video yang menunjukkan kekerasan polis ada yang dipaparkan seawal malam Sabtu tu jugak, malah mungkin ada yang disiarkan petang tu jugak.

Macamana pulak dengan video yang ditayangkan oleh media antarabangsa? Takkan yang tu pun Mahyuddin nak rakyat Malaysia percaya diubah kandungan jugak?

Yang lawaknya pulak, macamana Muhyiddin senang-senang nak rakyat yakin dengan kredibiliti polis sedangkan dari awal lagi Ketua Polis Negara sendiri menipu bila dakwa cuma 6,000 orang saja yang hadir himpunan tu, satu dakwaan yang bukan saja tak logik malah boleh jugak kalau nak dianggap Ketua Polis Negara buat lawak yang cukup BANGANG.


source: http://cenangau.blogspot.com/2011/07/muhyiddin-suruh-rakyat-yakin-dengan.html#ixzz1SzEs8svj

Saturday 23 July 2011

William Bourdon: Scorpene Tak Boleh, Altantuya Tak Boleh?

-oleh AntiKarat

Sakit jadi rakyat Malaysia. Nak cakap Bersih tak boleh. Nak demo tak boleh. Nak pakai baju kuning tak boleh. Nak sebut Altantuya tak boleh. Nak bincang bab Scorpene tak boleh. Serba tak boleh. Cakap sepatah polis beri amaran. Cakap sepatah Hishamudin gertak. Cakap sepatah Zahid Hamidi ugut. Cakap sepatah Najib hentam. Apakah rimba negaraku ini?

Nah, malam ni peguam hak asasi Peranchis pula tak boleh cakap. Habis orang kena tutup mulut. Puas tutup mulut rakyat sendiri, mula tutup mulut orang luar. Cerdikkah kerja ni? Bukankah jadi lebih kusut. William Bourdon tu bukan Pat Mat jual rokok daun. Dia tu peguam internasional. Orang percaya cakapnya. Cakap Najib seantero dunia orang ragu dah.

Kalau rakyat Malaysia pakai baju Bersih bolehlah kau tangkap. Bolehlah kau paksa rakyat jangan terlibat dengan Bersih. Bolehlah kau tafsir Bersih itu pertubuhan haram sebab kau tu menteri. Di Malaysia, undang-undang kena ikut kata Menteri; bukan Menteri kena ikut undang-undang.

Di Peranchis mana boleh buat macam tu. Di Malaysia bolehlah kau sekat media cakap tentang Scorpene, tentang Altantuya. Di luar Malaysia, gilalah kau buat kerja macam tu. Orang putih kata jakun mana ni. Jakun pun boleh jadi Menteri? Waduh.

Pengusiran William Bourdon jadikan politik Malaysia semakin menarik. Tunggulah tindakan peguam ni wahai manusia yang takut akan lembaga hitam Scorpene dan hantu Altantuya. Ya serba tak kena. Kalau tak diusir, habis heboh 1Malaysia. Diusir pulak, habis heboh seantero alam.

Sakit kepala macam ni. Kau tidur dululah Rosmah. Aku tak berselera malam ni. Tak mahu tidur lagilah,bang. Tak puas lagi tengok cincin di jari ni. Orang kampung juga yang sedap tidurnya. Bangun besok boleh baca berita ribuan sambut PM di KLIA. Oh Najib, kau wiraku. Oh Rosmah, kau intanku. Selamat pulang juga kalian berdua. Seperti harapanmu, William Bourdin juga telah kuhantar pulang."

Kembalikan Politik Yang Bersih

Politik menjadi kotor apabila diconteng oleh tangan-tangan kotor. Pabila tangan-tangan kotor mengusai politik jadilah negara kotor. Penipuan. Konspirasi. Rasuah. Kezaliman. Kronisme. Nepotisme.

Justeru, kesannya kembali kepada rakyat. Rakyat menderita. Jadi keliru. Tak keruan. Sukar menilai kebenaran kerana tangan-tangan kotor pandai bermuka-muka dalam media.

Maka, politik yang suci telah menjadi kotor. Kotor dan semakin kotor. Kotor dan berkarat. Politik ini perlu dibersihkan kembali dengan anti-karat. Lantaran itu, kita sama-sama sembur. JANGAN TAK SEMBUR.