"RAKYAT PERLU TAHU SEKARANG......TAMING SARI DI TANGAN JEBAT."

Thursday 29 September 2011

TABIK UNTUK PAKATAN RAKYAT

Apabila pemimpin sanggup berlapang dada, emosi dan sentimen ditolak ketepi dan kebenaran ingin dicari maka terhasillah natijah yang bijaksana. Segala konflik dapat diharmonikan, segala kekusutan dapat dileraikan dan segala resah dapat diredakan. Itulah yang dapat digambarkan hasil daripada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang berlangsung pada 28 September 2011 berkaitan isu hudud.

Ternyata rumusan kesepakatannya cukup matang dan bijaksana. UMNO boleh terkedu dibuatnya. Tabik spring untuk para pemimpin Pakatan Rakyat.

Rumusan Isu Mat Indera: Kebenaran Dan Kemenangan Di Pihak Mat Sabu.

Isu Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan mungkin  sampai ke penghujungnya, dan mungkin juga tidak. Di dalam media isunya kelihatan sudah berlalu, diambil alih oleh isu hudud. Namun di puncak menara gading,  isu ini mungkin terus diperdebatkan sehingga sejarah tentang kemerdekaan ditafsir dan ditulis semula suatu hari nanti.

Profesor Zainal Kling (ZK) dan Profesor Khoo Kay Kim(KKK)  telah menelanjangi keintelektualan mereka sendiri. Suatu ketika, KKK bagai seorang mahaguru yang mengarahkan Mat Sabu hadir ke kuliah sejarah di pejabatnya. Nampak terbetik  keangkuhan seorang mahaguru apabila berhadapan seorang yang dikatakan ‘kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga’. Isu Mat Indera ini berlanjutan hingga menelurkan polemik baru iaitu,  Tanah Melayu tidak pernah dijajah. 

Namun apabila bangkit professor dan cendikiawan sejarah menolak hujah ZK dan KKK, mereka berdua ini bagai mati kuku apabila bertemua buku dengan ruas.  Tidak pula mereka berdua berani menyanggah keilmuan pakar sejarah, Prof. Dato’  Mohamad Abu Bakar, pensyarah Jabatan Sejarah UM, Dr. Kamal Ahmad Ariffin Muhd Rus dan beberapa orang lagi cendekiawan sejarah yang mempunyai pandangan yang kontradik dengan mereka . Apatah lagi, pemimpin UMNO sendiri tidak bersedia untuk menyokong mereka tentang isu Tanah Melayu tidak pernah dijajah.  Agaknya mereka tersedar bahawa UMNO yang bermata juling sedang menjeling mereka. Lantas, mereka  mendiamkan diri sebagai tanda memahami maksud jelingan itu.

Jadi rumusannya ialah, dakwaan Mat Sabu bahawa Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan belum dapat dipatahkan oleh oponennya.  Selama mana hujah Mat Sabu tidak dipatahkan selagi itulah kata-kata Mat Sabu adalah benar, meskipun sejarah belum ditulis semula secara bersurat. Apa yang benarnya di pihak Mat Sabu?

Pertama, Mat Indera ialah salah seorang pejuang kemerdekaan. Beliau menentang Inggeris, bukan menentang bangsa dan tanahairnya. Wiralah itu namanya apabila sanggup berkorban nyawa demi membebaskan bangsa dan tanah airnya daripada pihak penjajah yang merompak hasil mahsul dan kedaulatan tanah air. Beliau mati digantung. Rakan yang mengkhianatnya,   Bajuri, hidup senang-lenang dengan habuan $75 000.00 oleh British kerana memberkas Mat Indera.  Sarjan ini kemudiannya menjadi Ketua UMNO Pontian. Kalau Mat Indera wira, tak kan Ketua Pemuda UMNO itu juga wira. Apa filem ini? Habis kalau bukan wira, itulah manusia normal panggil pengkhianat. Pengarah filem yang abnormal sahaja sanggup mengangkat pengkhianat menjadi wira.

Kedua, polis yang berkhidmat pada tahun 1950 ialah polis penjajah Inggeris. Polis ini tiada kena-mengena dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terbentuk selepas merdeka atau penubuhan Malaysia. Apa yang PDRM nak sakit hatinyanya?  Polis penjajah Inggeris adalah talibarut Inggeris walaupun berbangsa Melayu. Mereka sanggup bekerja untuk Inggeris demi sesuap nasi meskipun terpaksa membunuh bangsa dan ulama sendiri. Merekalah yang menangkap dan sanggup menggantung mayat ulama pejuang, Tok Janggut. Tok Janggut tidak dipandang hina oleh generasi kini. Yang dipandang hina ialah segelintir bangsa yang sanggup mengkhinati kawan dan bangsanya sendiri.

Ketiga, antara hakikat dan teknikal, yang diterima secara rasmi dan kolektif oleh negara kita ialah Tanah Melayu pernah dijajah. Ini tidak perlu dipertikaikan lagi oleh ZK dan KKK. Apabila ZK dan KKK mengusarkan masyarakat dengan dakwaan lekeh dan leceh mereka, sewajarnya bangun rakyat membuat 1 000 laporan polis terhadap keceluparan mereka. Itupun kalau benar justifikasi Ketua Polis Pulau Pinang yang berkata bahawa Mat Sabu didakwa kerana terlalu banyak laporan polis. Maka yang difahami ialah Mat Sabu kena dakwa bukan kerana lontaran isunya  tetapi kerana laporan polis terlalu banyak . Macam ada kebangangan dalam justifikasi ini. Agak-agak baru ada 10 laporan polis terhadap ZK. Jadi PAS/PR/NGO setiap cawangan  (bukan setiap bahagian), perlu buat laporan polis kalau nak cukup 1000 laporan demi memenuhi kebangangan itu. Biarlah Mat Sabu kena dakwa asalkan  anak Kling dan KKK juga didakwa. Baru adil. Namun yang sebaiknya ialah gugurkan tuduhan terhadap Mat Sabu kerana kebangangan justifikasi Ayub Yaakob tadi.

Kesimpulannya, kita wajar mengucapkan ribuan terima kasih kepada Utusan Malaysia dan pemimpin UMNO kerana telah mengangkat Mat Sabu sebagai wira. Utusan Malaysia dengan UMNO tak lain tak bukan sebagai contoh sokong membawa rebah. Insya-Allah kedua-duanya akan rebah selepas PRU13 nanti.

Saturday 24 September 2011

Tinggal 2 Minggu Lagi, Apa Khabar Bersih 2.0?

Bersih 2.0/PAS/Pakatan Rakyat pernah memberi tempoh 3 bulan kepada SPR/BN agar melaksanakan segera 8 tuntutan Bersih 2.0. Kini hanya tinggal  tidak sampai dua minggu tempoh yang diberikan akan berakhir. Nampaknya SPR/BN tidak melakukan apa-apa. Mereka tiada rasa bersalah dan tiada rasa gentar.

Habis bagaimana dengan Bersih 2.0/PAS/Pakatan Rakyat?  Kepala rakyat yang berdarah telah berparut. Yang gugur di medan juang, tanah kuburnya makin kesepian . Asap gas pemedih mata telah hilang aromanya. Apakah langkah susulan seterusnya sedangkan SPR/BN tampak akan melaksanakan pilihanraya tidak beberapa lagi. Maknanya, rakyat sekali lagi akan menghadapi  PRU13 tanpa apa-apa perubahan berbanding dengan PRU sebelumnya yang tempang dan tidak adil.

Nampaknya kita akan bertanding lagi tanpa akses media yang adil. Di manakah akhbar harian kita, Purnama, yang tidak berjawab sekian tahun? Kita akan bertanding lagi berpandukan daftar pemilih yang penuh dengan kemuncup. SPR hanya membuang beberapa bunga kemuncup yang dibantah oleh agen Pakatan Rakyat. Bagaimana dengan pengundi klon yang tidak dapat dikesan atau terlepas pandang yang jumlah berpuluh kali ganda banyaknya?

Kita akan bertanding lagi tanpa dakwat kuku. Belum ada kemuktamadan oleh pihak SPR tentang kaedah pengundian ini. Yang ada hanyalah baru ura-ura yang boleh berubah nada apabila tiba saatnya seperti PRU12.

Kita akan bertanding lagi dalam perangkap undi pos yang diberitakan ada sedikit sentuhan kosmetik. Apakah perubahan itu mampu menjadikan pengundian lebih telus dan boleh dipercayai.
Bagaimana pula dengan empat lagi tuntutan iaitu, pengukuhan institusi awam, tempoh kempen minimum 21 hari, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor? Sudah lupakah kita setelah diberi pil kuda oleh UMNO/BN melalui isu komunis dan hududnya.

Harap-harap Bersih 2.0/PAS/Pakatan Rakyat sudah ada pelan A dan pelan B. Sebaik-baiknya ada pelan pra dan pascanya. Apa yang akan dilakukan sebelum PRU13 sekiranya tuntutan tidak dipenuhi dan apa pula tindakan selepas PRU13 sekiranya BN terus berkuasa melalui penipuan dan demokrasi tempang?
Tekanan terhadap SPR/BN mesti diutamakan. Ini isu kita. Bukannya kita tenggelam oleh isu yang dilontarkan oleh pihak lawan sehingga kita berebut-rebut menghurunginya. Tuntasnya, rakyat mahu mendengar apakah strategi, pelan dan tindakan segera setelah tempoh tiga bulan akan berakhir tidak lama lagi. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Tak perlu berdakwat, kalau tidak sampai hitam. 
 

Kongsi Negara Kerana Kerakusan Politik UMNO.


Apa khabar pakcik makcik adik abang di kampung? Dengar khabar kita akan berkongsi tanah air ini dengan pekerja asing yang datang merantau ke negara kita untuk mencari rezeki. Banyak perkara kita akan berkongsi dengan mereka. Maklumlah mereka telah diangkat begitu mudah untuk menjadi warganegara Malaysia hanya kerana kepentingan kuasa politik pihak tertentu.  Ya begitu mudah….hanya dengan berjanji untuk mengundi BN apabila diadakan pilihanraya nanti. Kalau mereka sanggup berjanji untuk pangkah BN, maka permohonan mereka akan terlaksana sekelip mata. Begitulah dengar ceritanya yang telah dihebohkan orang. JPN nafi evidens-evidens yang dikemukakan oleh pihak pembangkang.  

Pakcik makcik adik abang boleh percayakah ‘penjelasan’  oleh JPN yang bersekongkol dengan SPR dalam kerja buat pilihanraya ini? Kalau tak nafi dakwaan pembangkang, parah BN/JPN. Baik nafi. Bila nafi sekurang-kurangnya rakyat jadi keliru yang mana satu betul. Inilah stail politik Malaysia. Dah lama dah stail ini diamalkan sejak zaman Mahathir  Malaysia Boleh lagi. Negara luar tak jual negara kerana nak kekal berkuasa, tetapi pemimpin negara dan pegawai awam yang segerombolan dengan mereka  boleh buat tanpa rasa takut atau bersalah. Habis suku-sakat pakat sokong. Almaklumlah, hilang kuasa BN, hilanglah peluang projek, melancong free, bina istana peribadi dan segala kemewahan yang diturunkan melalui saluran UMNO/BN.

Entahlah pakcik makcik adik abang. Kita akan kongsi bantuan bulanan JKM dengan warganegara baru kita. Di sekolah, anak-anak kita berkongsi bantuan KWAPM dan susu sekolah 1Malaysia. Mereka juga boleh dapat bantuan atap biru percuma, pelbagai subsidi dan sebagainya. Bukankah warganegara baru kita kebanyakannya buruh di stesyen pam minyak, pembantu rumah, buruh binaan dan pekerja ladang. Majoriti mereka berpendapatan di bawah paras kemiskinan. Justeru itu, mereka akan sapu segala bantuan dan subsidi kerajaan. Duit dari mana digunakan sebagai bantuan untuk mereka? Duit pakcik makcik adik abanglah dikongsi dan diagihkan sama rata.

Pakcik makcik adik abang mungkin tak sedar. Sebahagiannya mungkin tak sempat lihat. Suatu hari nanti, rakyat yang perlu dibantu semakin bertambah. Kerajaan tak mampu menampung bantuan untuk semua golongan berpendapatan yang meningkat mendadak seperti mendadaknya pertambahan pengundi di Selangor dan negeri-negeri yang BN sedang nazak. Caranya, tarik subsidi untuk rakyat. Kurangkan bantuan. Atau naikkan cukai agar kerajaan dapat kumpul wang sebagai sumber untuk membantu rakyat yang susah yang sebahagian besarnya warganegara baru tadilah.

Akhir kalam pakcik makcik adik abang, fikirlah masa depan anak dan cucu masing-masing. Janganlah suatu hari nanti anak cucu kita mengemis sejengkal tanah di tanah air yang sudah sekangkang kera ini. Moga kita tidak dimaki oleh anak cucu kita 10 tahun yang akan datang kerana undi kita untuk UMNO/BN pada hari ini. 

AntiKarat,
24.09.2011

Saturday 17 September 2011

Mat Sabu Menyaman, Haji Hadi Disaman.

Mat Sabu saman Utusan laknatullah dan pengarangnya. Saman terhadap Timbalan Presiden UMNO, Muhyidin Yassin akan menyusul. Kedua-duanya atas isu komunis dan Bukit Kepong. UMNO Selangor pula saman PAS dan Presidennya atas isu DUMC . Adakah ini jalan terbaik untuk mencari kebenaran dan mengajar pihak yang suka melakukan fitnah? Rasa-rasanya begitulah. Kalau tidak disaman, akan menjadi-jadi  pula fitnah nanti. Biarkanlah pihak yang rasa tersiksa difitnah mendapat kembali hak dan maruahnya. Soalnya, bila, nilai dan keadlian? Ada tiga perkara yang menggusarkan dalam kes saman mahkamah ini, iaitu tempoh perbicaraan yang tak tahu bila berakhir, nilai ganti rugi dan yang terpenting ialah pelaksanaan keadilan itu sendiri.

Pertama, soal tempoh perbicaraan. Sewajarnya tempohnya perlu diselesaikan dalam tempoh yang sesuai yakni tidak terlalu lama. Sesetengah kes yang lepas, hanya selesai 10 tahun kemudian. Malah ada kes yang tak selesai-selesai. Contohnya kes saman roralti minyak kerajaan Terengganu dan kes Memali. Kalau beginilah mahkamah Malaysia, alamat keadilan tidak sempat dirasai oleh sesetengah orang yang bertujuan mendapat keadilan melalui mahkamah.

Kedua, soal nilai ganti rugi. Ganti rugi mestilah sesuai dengan kes. Tak kisahlah RM100 000 atau RM100 juta. Asalkan nilainya munasabah dengan kes.  Mat Sabu kata, beliau tak menetapkan nilai samannya. Tapi ikut keadaan maruah dan ancaman yang terpaksa Mat Sabu dan keluarganya lalui wajar menjadikan Utusan laknatullah bangkrap.

Ketiga, keadilan para hakim paling penting untuk diperkatakan di sini. Adakah pihak yang berkuasa akan bermain juling mata dengan badan kehakiman untuk menyelamatkan sesuatu pihak dan mengenakan suatu pihak yang lain?  Adakah hakim akan melambat-lambatkan sesuatu kes sehingga tak berselesaian? Atau adakah nilai ganti rugi yang diputuskan oleh hakim tidak sepadan dengan nyawa yang terancam dan maruah yang tercalar? Di sinilah rakyat menyorot integriti hakim. 

Kesimpulannya, sekiranya saman-menyaman dapat menguburkan amalan fitnah-memfitnah, maka ambillah pendekatan ini sebagai satu cara mengajar manusia. Tetapi jangan sesekali sesiapa pun lupa bahawa keadilan Allah akan menunggu manusia di akhirat sana. Di sanalah mahkamah terbaik. Allahlah hakim terbaik. Mangsa fitnah akan mendapat keadilan baginya dan pemfitnah akan mendapat balasan pedih atas dosa jahatnya.

AntiKarat,
17.09.2011

Tuesday 13 September 2011

APABILA MAHATHIR BERSUARA.........

UMNO mesti  dihenyak rapat ke dinding.  Mereka pada mulanya memfitnah PAS dalam isu Bukit Kepong. PAS dilabel sebagai menyokong komunis. Kini isu kemerdekaan yang berlarutan  menjerut batang leher UMNO.  Kita lihat bagaimana UMNO cuba menyelamakan diri. Apabila Mat Sabu kata polis Bukit Kepong sebagai pegawai Inggeris, UMNO jaja cerita PAS hina polis. Apabila dibukikan berdasarkan senario sejarah tahun 1950 yakni sebelum merdeka, UMNO gelabah. Melalui joker mereka berpangkat  professor, timbullah putar alam baru untuk menyokong dakwaan mereka bahawa polis waktu 1950 itu ialah polis Tanah Melayu bukan polis yang menjadi pegawai Inggeris. Hujah pembohong mereka yang terhebat sekarang ialah Tanah Melayu tak pernah dijajah.

UMNO tak berani bersuara. Mereka guna joker akademik untuk mematahkan hujah Mat  Sabu dan PAS. Mereka fikir Mat  Sabu yang tak berijazah itu akan mudah diratah oleh Prof-Prof yang ber-Phd. Malang seribu kali malang. Hujah-hujah joker akademik semakin menimbulkan persoalan dan keraguan di kalangan rakyat dan generasi baru. Orang dah tak tanya Mat Sabu. Sebaliknya seluruh rakyat bertumpu kepada joker akademik sekarang.  Pelbagai soalan bermain dalam fikiran rakyat? Kenapa selepas 54 tahun merdeka, baru diuar-uarkan Tanah Melayu tak pernah dijajah?  Jadi bohonglah sejarah tanah air selama ini. Inilah persoalan  yang membina persepsi baru rakyat sekarang iaitu kalau tak bohong, bukan UMNO namanya.

Najib jeling kepada Muhyidin. Muhyidin terteleng-teleng kepada Rais. Rais meninjau-ninjau Khairy. Habis-habis Mahathir mengeluarkan  bersuara dari dalam kerongkong. Katanya, benar  Tanah Melayu tak pernah dijajah. Inilah suara UMNO sekarang walaupun mungkin UMNO akan kata itu pandangan peribadi Mahathir. Oleh kerana Mahathir merupakan tokoh kanan UMNO, bolehlah dirumuskan itulah pandangan UMNO, dalam keadaan manusia lain dalam UMNO ‘kecut pemberat’.  KJ yang mengatakan Mat Sabu bacul nampak ‘real bacul’ dalam isu terbaru ini.

Confirm UMNO tak berani mengeluarkan pendirian rasmi dalam isu ini. Ditegaskan sekali lagi khususnya untuk pemuja UMNO bahawa UMNO tak akan mendedahkan ‘stand’-nya kepada rakyat dalam isu ini. Kiri kanan UMNO kena. Jadi memadai rakyat mengambil pandangan tokoh tersohor mereka, Mahathir. Dengan hujah Mahathir, rakyat boleh membuat beberapa konklusi.

1.       Perangai UMNO seiras perangai penjajah; suka putar belit.
2.       Sejarah tanah air amat meragukan kerana ditulis oleh otak penjajah dan pewarisnya.
3.       Laungan ‘Merdeka’ dan sambutan kemerdekaan adalah tak kena tempat. Ia sama taraf laungan ‘Merdeka’ oleh budak-budak yang baru selesai mengambil SPM.
4.       Tiada Bapa Kemerdekaan seperti mana dakwaan dan momokan UMNO.
5.       Mulai tahun depan, tiada lagi sambutan kemerdekaan. Kalau diadakan juga, itu adalah satu usaha membazirkan dui t rakyat.
6.       Ada asas untuk membenarkan kata-kata Mat Sabu, “sejarah tanah air patut ditulis semula.”
Najib tak perlu melenting kerana joker-joker akademik mereka sehari dua ini sedang galak memberi kuliah sensasi  terbaru bertajuk  “ Tanah Melayu Sebuah Negara Naungan”.
7.       UMNO bukanlah parti yang memperjuangkan kemerdekaan tanah air kerana Tanah Melayu tak pernah dijajah malah UMNO hanyalah legasi British di Tanah Melayu.


Makin berlarutan isu ini, makin baik untuk intelek rakyat. PAS mesti menghenyak UMNO rapat ke sudut dinding PRU13. Bahana fitnah akhbar Utusan sedang memberi pulangan lumayan untuk tuannya, U.M.N.O; satu nama warisan British.

AntiKarat,
13.09.2011