Apa khabar pakcik makcik adik abang di kampung? Dengar khabar kita akan berkongsi tanah air ini dengan pekerja asing yang datang merantau ke negara kita untuk mencari rezeki. Banyak perkara kita akan berkongsi dengan mereka. Maklumlah mereka telah diangkat begitu mudah untuk menjadi warganegara Malaysia hanya kerana kepentingan kuasa politik pihak tertentu. Ya begitu mudah….hanya dengan berjanji untuk mengundi BN apabila diadakan pilihanraya nanti. Kalau mereka sanggup berjanji untuk pangkah BN, maka permohonan mereka akan terlaksana sekelip mata. Begitulah dengar ceritanya yang telah dihebohkan orang. JPN nafi evidens-evidens yang dikemukakan oleh pihak pembangkang.
Pakcik makcik adik abang boleh percayakah ‘penjelasan’ oleh JPN yang bersekongkol dengan SPR dalam kerja buat pilihanraya ini? Kalau tak nafi dakwaan pembangkang, parah BN/JPN. Baik nafi. Bila nafi sekurang-kurangnya rakyat jadi keliru yang mana satu betul. Inilah stail politik Malaysia. Dah lama dah stail ini diamalkan sejak zaman Mahathir Malaysia Boleh lagi. Negara luar tak jual negara kerana nak kekal berkuasa, tetapi pemimpin negara dan pegawai awam yang segerombolan dengan mereka boleh buat tanpa rasa takut atau bersalah. Habis suku-sakat pakat sokong. Almaklumlah, hilang kuasa BN, hilanglah peluang projek, melancong free, bina istana peribadi dan segala kemewahan yang diturunkan melalui saluran UMNO/BN.
Entahlah pakcik makcik adik abang. Kita akan kongsi bantuan bulanan JKM dengan warganegara baru kita. Di sekolah, anak-anak kita berkongsi bantuan KWAPM dan susu sekolah 1Malaysia. Mereka juga boleh dapat bantuan atap biru percuma, pelbagai subsidi dan sebagainya. Bukankah warganegara baru kita kebanyakannya buruh di stesyen pam minyak, pembantu rumah, buruh binaan dan pekerja ladang. Majoriti mereka berpendapatan di bawah paras kemiskinan. Justeru itu, mereka akan sapu segala bantuan dan subsidi kerajaan. Duit dari mana digunakan sebagai bantuan untuk mereka? Duit pakcik makcik adik abanglah dikongsi dan diagihkan sama rata.
Pakcik makcik adik abang mungkin tak sedar. Sebahagiannya mungkin tak sempat lihat. Suatu hari nanti, rakyat yang perlu dibantu semakin bertambah. Kerajaan tak mampu menampung bantuan untuk semua golongan berpendapatan yang meningkat mendadak seperti mendadaknya pertambahan pengundi di Selangor dan negeri-negeri yang BN sedang nazak. Caranya, tarik subsidi untuk rakyat. Kurangkan bantuan. Atau naikkan cukai agar kerajaan dapat kumpul wang sebagai sumber untuk membantu rakyat yang susah yang sebahagian besarnya warganegara baru tadilah.
Akhir kalam pakcik makcik adik abang, fikirlah masa depan anak dan cucu masing-masing. Janganlah suatu hari nanti anak cucu kita mengemis sejengkal tanah di tanah air yang sudah sekangkang kera ini. Moga kita tidak dimaki oleh anak cucu kita 10 tahun yang akan datang kerana undi kita untuk UMNO/BN pada hari ini.
AntiKarat,
24.09.2011
No comments:
Post a Comment