"RAKYAT PERLU TAHU SEKARANG......TAMING SARI DI TANGAN JEBAT."

Monday, 25 July 2011

27 JUTA DICATURKAN OLEH GOLONGAN MINORITI


 -oleh AntiKarat

Kita berkumpul di sini hari ini kerana kita memerlukan suara hati budi ramai, suara untuk melafazkan kehendak hati kita kepada pihak-pihak yang berkuasa dengan cara yang tertib dan demokratik sebagaimana yang dijamin dan dipertunjukkan oleh peraturan perlembagaan kita dan juga oleh tradisi bersama kita sebagai rakyat yang cintakan keamanan. Kita jangan membiarkan perbuatan manipulasi politik apa pun dan dari mana-mana pihak pun, untuk memecahkan rakyat majoriti melalui apa-apa dasar dan keputusan yang secara sengaja dibuat untuk kepentingan golongan-golongan minoriti yang berkepentingan.

                                                                                    - ucapan Tengku Razaliegh Hamzah

"Jadi pihak pemerintah mestilah faham dengan realiti itu dengan sentiasa menjaga perpaduan kaum dan kepentingan semua rakyat negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum, bukan hanya menjaga kepentingan kumpulan minoriti mereka sendiri sahaja sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk kekal berkuasa," ujarnya.

-          ucapan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir

Mungkin pemerhati dan peminat politik melihat dua tokoh UMNO veteran ini dari sisi yang negatif. Persepsi itu sewajarnya diabaikan. Pencinta keadilan dan kemakmuran hendaklah memberi peluang kepada mereka untuk berperanan dalam situasi politik yang semakin menyekik kini. Malah usaha mereka mesti dibantu dengan segala daya agar tuntutan murni semakin keras menerjah gegendang telinga golong minoriti.

Penulis tertarik dan ingin menyedarkan rakyat tentang kebobrokan golongan minoriti ini. Golongan minoriti ini dimaksudkan kepada peneraju-peneraju kuasa politik negara. Bilangan mereka tidak sampai 1000 orang pun. Namun oleh sebab kuasa yang amat besar dan tidak terbatas, kekuatan mereka dapat mengalahkan 27 juta rakyat. Dengan segala jentera di belakang mereka, mereka mampu memanipulasi, memukau dan menidurkan 27 juta rakyat.

Golongan minoriti ini sedang tersepit dan terhimpit oleh kesedaran rakyat sekarang. Mereka sedang memikul kuasa ke sana ke sini agar tidak jatuh ke tangan rakyat. Mereka tidak bersedia menjadi seperti Zainal Abidin bin Ali dan Husni Mubarak. Bukan ketakutan itu terletak pada kehilangan kuasa semata-mata. Yang paling mereka takuti ialah nasib setelah tiada kuasa.

Tiada kuasa bermakna ‘komisyen Scorpene’ dan ‘kes Altantuya’ kehilangan pelindungnya. Tiada kuasa bermakna segala rasuah, penyelewengan, persundalan dan penipuan akan terdedah. Tiada kuasa bermakna segala ‘akta penyelamat kuasa’ dirombak dan dipinda lantas membogelkan mereka. Inilah punca mengapa mereka terus memainkan politik durjana.

Rakyat mesti mengangkat darjat intelek; bukan terus didodoi sentimen. Wajarkan golongan minoriti ini dipertahankan hanya kerana sedikit imbuhan dan janji-janji yang tak tertunaikan. Bersediakah 27 000 000 rakyat dimanipulasi oleh 1000 orang manusia keparat?

AntiKarat
25.07.2011

No comments:

Post a Comment