"RAKYAT PERLU TAHU SEKARANG......TAMING SARI DI TANGAN JEBAT."

Tuesday 26 July 2011

PM Najib Dah Jadi Liabiliti Bagi UMNO/BN.


Telah berbunga kemungkinan PM Najib akan mengikut jejak senasib PM Pak Lah. Pak Lah berundur kerana liabiliti yang dibawa olehnya ke dalam parti. Banyak kelemahan Pak Lah dikesan oleh UMNO sendiri sehingga beliau akhirnya didesak agar melepaskan jawatan demi survival parti. Peranan medesak bukan sekadar dimainkan oleh mantan PM Mahathir malah TS Muhyidin Yassin paling vokal dalam menekan agar PM Pak Lah berundur.  
 
Kini UMNO mula menyedari bahawa PM Najib akan menjadi liabiliti bagi UMNO/BN dalam menghadapi PRU13. PM Najib dipalitkan dengan isu Scorpene yang akan menjadi lebih panas pada bulan September nanti apabila kes itu dibicarakan di mahkamah Peranchis. Scorpene yang sekejap timbul sekejap tenggelam akan timbul lagi bersama dengan hantu Altantuya. Scorpene dan Altantuya bagai irama dan lagu yang tak dapat dipisahkan. Kalau dipisahkan, sumbanglah lagu itu, kata Allayarham Tan Sri P.Ramlee.

Scorpene - Altantuya adalah isu kembar rasuah ratusan juta ringgit dan pembunuhan berprofil tinggi, mega sensasi. Banyak pemimpin negara dan tokoh politik berpengaruh jatuh tersungkur kerana kes semega ini. Di Malaysia tiada lagi orang atau media yang berani menyentuh isu ini melainkan SUARAM. Di Malaysia negaraku, kesnya sudah selesai. Pembunuhnya telah dijatuhi hukuman. Telah digantung atau belum, walLahu’alam. Wira sekarang ialah SUARAM. Kes diangkat di Peranchis, di mana urusan Scorpene itu berpusat. Lelaki Y yang berurusan bersama dengan Razak Baginda dan Altantuya akan terdedah dalam bulan panas September nanti.

Najib pening kepala sejak isu Bersih 2.0. Air mukanya tidak seceria dulu. Ditinju pula oleh Imelda Rosmah dengan cincin berlian, lagak FLOM bikinan sendiri. Kemewahan, pemborosan dan kuasa sebenar adinda FLOM ke atas batang tubuh PM membelit kredibiliti. Nampaknya rakyat lebih meluat kepada FLOM buatan ini. Rakyat melihat bahawa petaka yang menimpa tanah air kebelakangan ini adalah atas pengaruh dan kawalan kuasa FLOM ini. Dalam satu majlis rakyat dapat menyaksikan bagaimana ‘bom jangka’ ini berjalan di depan suaminya sendiri. Hebat!

Tertelan liur kepimpinan UMNO nak marah akan ‘bekasan peluh Lee Chong Wei’ ini. Nak ditegur tak tergamak. Lakinya PM. Tak dilayan, nanti diamuk. Kecut telur penyu. Akhirnya, pakat-pakat angguk belaka. Tidur di hotel RM100 000.00 semalaman, senyum. Pakai handbeg RM 1 000 000.00, senyum. Pakai cincin RM 24 000 000.00, senyum. Senyummmm memanjang, kata Mat Sabu.  Di belakang, menyumpah seranah.

Nasib UMNO/BN kian gawat. Pilihan raya tak lama lagi. Pemimpin Pakatan Rakyat mula mendesak agar PM Najib meletakkan jawatan. TS Muhyidin Yassin menunggu kesempatan. Mahathir berencana. Mukhriz mula cerah mata. Marina main ikut belakang. Tengku Razaliegh dan AMANAH barunya menghantar kata. Kini, rakyat mula tertanya-tanya; Pak Lah tak nak memulangkah paku buah kerasnya?

Waima apa yang berlaku dalam kalangan UMNO, pemimpin Pakatan Rakyat tidak perlulah mendesak PM Najib berundur. Tak cerdik. Biarkan PM Najib terus mengepalai bahtera bocor UMNO/BN. Ingat? Pak Lah yang berliabilitilah menyebabkan lima negeri jatuh ke tangan pembangkang. Tidak mungkinkah PM Najib yang berliabiliti akan meyebabkan pula Putrajaya dapat ditawan oleh Pakatan? Nanti-nantikan!

AntiKarat
Selasa, 26 Julai 2011.

No comments:

Post a Comment